Click to play this Smilebox slideshow
Create your own slideshow - Powered by Smilebox
This free slideshow made with Smilebox

Thursday, October 1, 2009

SAUJANA ASAHAN

Saujana Asahan telah mula beroperasi pada tahun 2004 dan terletak di kaki Gunung Ledang. Tujuan utama Saujana Asahan ini dibangunkan semula adalah untuk mewujudkan sebuah pusat latihan yang baik dan serba lengkap bagi menampung keperluan program motivasi dan membina semangat atlit.

Selain itu juga kewujudan Saujana Asahan ini memberi pilihan yang terbaik untuk agensi kerajaan, swasta, pertubuhan, persatuan sekolah dan individu mengadakan seminar dan kursus dengan kemudahan dan perkhidmatan yang sempurna.

Kedudukan Saujana Asahan yang terletak jauh dari keriuhan kota, membolehkan pengunjung menghirup udara segar dan nyaman disamping menikmati ketenangan tasik dan keindahan alam semulajadi dengan suasana penuh kehijauan berlatar belakang gunung lagenda yang penuh mistik dan rahsia iaitu Gunung Ledang. Pasti ia menjanjikan kedamaian kepada para pengunjung.

No comments:

Post a Comment